PERSEMBAHAN NYANYIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2022

 Klik :  PERSEMBAHAN NYANYIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG


PERSEMBAHAN NYANYIAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SESI 2022.

Pada Hari Anugerah Cemerlang 2022 yang disambut pada 15 Februari 2023 telah diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, sekumpulan murid tahun 6 telah diminta oleh pihak sekolah membuat persembahan nyanyian. Persembahan nyanyian ini mendapat latihan hanya dua minggu sebelum majlis berlangsung.

Penghargaan diberikan kepada murid-murid tersebut kerana sikap yakin diri dalam mempersembahkan nyanyian di hadapan tetamu jemputan dan para ibubapa yang hadir. Mereka sedar akan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh guru kepada mereka agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu juga, ia akan menjadi kenangan buat mereka yang akan meninggalkan sekolah kerana tamat bersekolah di sekolah rendah. Semoga ia menjadi kenangan yang terindah buat mereka dan semua murid yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor.

Terbaru Lebih lama