PENEMPATAN GURU AKAN DISEGERAKAN

 

Penempatan guru akan disegerakan

FADHLINA SIDEK
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH




  •  | 11 Mac 2023, 2:29 pm 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

“Sebenarnya kita telah melaksanakan pelbagai langkah untuk pastikan penempatan guru menjelang pembukaan sekolah ini disegerakan dan kita sedang juga bekerjasama dengan SPP untuk memastikan penempatan guru-guru ini disegerakan.

“Setakat hari ini kita bagi jaminan, guru-guru ini sedang dalam proses ditempatkan dan kita juga sedang berusaha (mengisi) kekosongan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional (KV) KPM  Kali ke-7 tahun 2022 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai 9,507 graduan Diploma daripada 81 buah KV seluruh negara diraikan bermula 6 hingga 12 Mac (esok) ini.

Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan kementeriannya telah mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas (SPI) baharu berkenaan persiapan sekolah di minggu awal dengan penumpuan guru kepada program atau aktiviti berkait rapat untuk menyenangkan proses persekolahan seperti sesi suai kenal.

Selain itu, menurutnya, pada 20 Mac ini, terdapat dua projek sekolah rintis membabitkan anak-anak kaum Penan akan dilancarkan di Long Bedian, Sarawak dan anak-anak Orang Asli di Betau, Kuala Lipis, Pahang. – UTUSAN



Terbaru Lebih lama