BLOG PENDIDIKAN CABARAN DI TAHUN BARU

 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmannirrahim saya mulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. 

Pada awal tahun 2023 ini saya telah mencabar diri untuk membina blog pendidikan dengan domain sendiri. Sebenarnya saya pun tidak menyangka dengan pengalaman yang telah saya miliki ini.  Alhamdulilah, kini secara rasminya saya adalah seorang blogger pendidikan dan youtuber pendidikan. Namun buat masa ini saya masih mempunyai ilmu yang cetek tentang kedua-duanya. Walau bagaimanapun di alam era kemodenan dan kecanggihan pada masa kini saya tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya.

Sehubungan itu dalam penulisan saya ini, ingin saya merakamkan jutaan dan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pengurusan Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU).  Melalui AYU saya telah memiliki blog dan channel youtube sendiri. Oleh itu saya berazam dan beristiqamah untuk terus majukan diri sebagai seorang guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan melalui alam digital ini.

Sekian, terima kasih.

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama