HARI ANUGERAH CEMERLANG 2023

 

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Pada 15 Februari yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor telah mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang bagi meraikan kejayaan murid-murid sekolah tersebut yang telah bertungkus-lumus dan berjuang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran terbaik yang disediakan oleh sekolah.

Pelbagai katogeri anugerah telah disenaraikan seperti Tokoh Murid Lelaki, Tokoh Murid Perempuan, Tokoh Kurikulum Lelaki, Tokoh Kurikulum Perempuan, Tokoh Kokurikulum Lelaki, Tokoh Kokurikulum Perempuan. Tokoh Sahsiah Lelaki dan Tokoh Sahsiah Perempuan.

Setiap tokoh telah mendapat sijil dan piala iringan. Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadi langkah pemula kepada tokoh-tokoh murid ini untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan.

Terbaru Lebih lama