FAEDAH BERSIWAK


LEBIH DARI 1000 AMALAN SUNNAH DALAM SEHARI SEMALAM 

SIWAK

Dianjurkan kepada setiap muslim supaya bersiwak di berbagai waktu dalam kesehariannya.

Rasulullah s.a. bersabda:

 لَوْلاَ أَنْ أَشُقّ عَلَى أُمَّتِيْ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

"Kalaulah tidak khawatir akan memberatkan umatku, sungguh aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu!"

Juka dihitung, dalam kesehariannya seorang muslim bersiwak tidak kurang dari 20 kali. Rinciannya iaitu pada solat lima waktu, dua belas solat sunnah Rawatib, solat Dhuha, solat Witir dan solat saat akan masuk rumah.

Bersiwak adalah hal yang pertama kali dilakukan oleh Rasulullah s.a. ketika akan masuk rumah, seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. dalam Shahih Muslim.

Oleh kerana itu, setiap anda memasuki rumah, maka mulailah dengan bersiwak, kerana hal tersebut termasuk mengikuti sunnah, demikian juga ketika akan membaca al-Quran, ketika bau mulut mulai berubah, saat bangun dari tidur dan sewaktu berwudhuk.

Rasulullah s.a. bersabda:

السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

"ٍSiwak itu membersihkan mulut dan diredhai Allah."


FAEDAH BERSIWAK

1. Mendapat redha dari Allah.
2. Membersihkan mulut.
     
     Berdasarkan penelitian kesihatan moden tentang siwak, diketahui bahawa siwak mengandung banyak sekali bahan yang bermanfaat bagi gigi dan gusi, antara lain:

a. Bahan yang membasmi kuman.
b. Bahan yang membersihkan gigi dan gusi.
c. Bahan yang dapat menjaga kebersihan gigi.
d. Bahan yang wangi dan dapat menghilangkan bau mulut yang tidak sedap.

#Tulisan buku Khalid Al-Husainan. 

Terbaru Lebih lama